Happenings

 

 

Join Our Mailing List

 

Name:

 

Email:

 

Completed Projects

 

 

 

 

 

 

Search This Site

 

6 March 2010: Launching of Underwater Sceneries of Malaysia

 

In The Media
Gallery

Images Available For Orders

 

 

 

 

A Big "Thank You" to the Ministry of Natural Resources & Environment and Ministry of Information Communication & Culture

 

The launching of the Malaysia In 24Hrs Beautiful Destination "Underwater Sceneries of Malaysia" Digital Album and Photography Exhibition at the National Art Gallery Malaysia on 6th March 2010 (6.00pm-8.00pm) has been officially launched by YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Deputy Minister, Ministry of Natural Resources & Environment Malaysia. Dato' Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, Chairman of National Art Gallery Malaysia, was also present.

 

Attended by more than 200 guests and participants, the event was full of happy moments as many of the participating divers in attendance received their Certificate of Participation and 2 copies of the Malaysia In 24Hrs Beautiful Destination "Underwater Sceneries of Malaysia" Booklet and Digital Album.

 

Each of the 42 participants who had taken part also had one of their best images submitted featured for the month-long exhibition.

The exhibition will be on till 6th April 2010.

 

CLICK HERE to view the photos gallery

 

 

 

 

 

 

Underwater Sceneries of Malaysia

 

Teks Ucapan Pengerusi Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara

 

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita semua berhimpun di dalam majlis pada petang ini. Sebelum saya memanjangkan ucapan saya, izinkan saya menguncapkan ribuan terima kasih kepada YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, kerana sudi hadir bagi memeriahkan majlis seterusnya merasmikan Pameran Fotografi dan Album Digital, Malaysia in 24Hrs (MI24H) Beautiful Destination – UNDERWATER SCENERIES OF MALAYSIA.

 

Sesungguhnya saya bagi pihak Balai Seni Lukis Negara amat berasa bangga dan mengalu-alukan kedatangan kesemua para tetamu pada petang ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan

 

Balai Seni Lukis Negara sudah sekian lama menyediakan ruang dan peluang bagi para fotografi tempatan dan antarabangsa memperlihatkan karya terbaik buat tetapan ramai. Semasa menyambut 50tahun Merdeka, BSLN bersama STAR mengusahakan pameran dan penerbitan MALAYSIA @50.

 

Ingin saya memaklumkan bahawa simpanan Koleksi Himpunan Tetap Negara sejumlah besarnya terdiri dari karya fotografi. Karya fotografi termasyhur dunia, Ansel Adams adalah dalam koleksi Himpunan Tetap Negara, berkat dari Hadiah cinema magnate Loke Wan Tho. Namun gambar foto ‘underwater’ adalah minoriti dalam Koleksi malah tidak sering menjadi apresiasi umum dan dengan ini usaha pameran ini adalah penting.

 

Projek Album Digital Malaysia in 24Hrs (MI24H) Beautiful Destination –UDERWATER SCENERIES OF MALAYSIA, dihasil dan dikeluarkan oleh Stephen Ronee Lau, pengasas siri “Malaysia in 24Hrs”. Saya difahamkan bahawa seramai 42 penyelam dan jurugambar bawah laut telah menyumbang koleksi imej bawah laut mereka untuk diasimilasikan kepada projek ini serta dipamerkan kepada orang ramai.

 

Projek ini bertujuan untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai salah sebuah destinasi terendah di dunia untuk aktiviti selam skuba serta aktiviti bawah laut yang lain. Selain itu, projek ini memberi focus dalam memberi pendedahan kepada orang ramai tentang keindahan kehidupan laut serta memberi kesedaran kepada mereka akan kepentingan memelihara dan memulihara khazanah yang sangat berharga ini melalui program-program pendidikan.

 

Balai Seni Lukis Negarajuga memastikan setiap pameran didukungi dengan program pendidikan dan penghayatan umum. Sebelum upacara perasmian ini bermula, petang tadi telah berlangsung tiga sesi bual bicara yang telah disampaikan oleh 3 orang panel yang terdiri oleh Ahmad Zaki Embi (jurugambar bawah laut), Julian Hyde,Pengarah Urusan, Reef Check Malaysia dan Anuar Abdullah (pakar selam berpengalaman dan artis bawah laut). Program-program pendidikan sebegini yang mampu memberi banyak pendedahan dan impak yang berkesan kepada orang ramai. Tahniah diucapakan kepada panel dan pihak penganjur.

 

Balai Seni Lukis Negara menyedari hakikat bahawa kepentingan menjaga warisan alam ini adalah tanggungjawab bersama dan diharap semoga pameran yang akan berlangsung selama satu bulan ini dapat membuka minda kita serta kehidupan dibawah laut ysng selama ini hanya mampu diterokai oleh sesetengah individu sahaja.

 

Akhir kata, di atas kesempatan ini sekali lagi saya mewakili Balai Seni Lukis Negara dan seluruh pihak yang terlibat dalam Pameran Fotografi dan Albun Digital Malaysia in 24Hrs (MI24H) Beautiful Destination –UDERWATER SCENERIES OF MALAYSIA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kesudian hadir melancarkan perasmian Pameran Fotografi dan Album Digital, Malaysia in 24Hrs (MI24H) Beautiful Destination –UDERWATER SCENERIES OF MALAYSIA pada petang ini serta kehadiran tuan-tuan dan puan-puan.

 

Sekalung tahniah juga dilayangkan kepada pihak penganjur iaitu Stephen Ronee Lau (M) Sdn Bhd kerana berjaya melaksanakan pameran dan program ini di Balai Seni Lukis Negara. Moga kolabrasi ini adalah satu yang bakal membuahkan pelbagai lagi program seni gandingan, smart partnership pelbagai antara kita nanti.

 

Sekian, wabillahi Taufik Walhidayah Assalamualaikum

Wahrahmatullahi Wabarokatuh.

 

Y.Bhg. Dato’ Seri Abdul Azim Mohd Zabidi

Pengerusi Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara

 

 


A Project By   In Partnership With
     

 

Endorsed By

 

 

Supported By

 
 
       

 
 

 

Features

Links